Musuh PN sudah berjaya – Annuar

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menjelaskan dalam gabungan parti kerajaan kini masih ada yang keliru mengenai siapa kawan dan lawan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan musuh sentiasa mengambil kesempatan yang ada untuk melemahkan gabungan, terutama dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Sebahagian dari kita keliru siapa teman siapa lawan. Siapa zimmi, siapa harbi. Siapa sejati, siapa munafik … yang mana kepentingan nasional, yang mana agenda personal

“Kita tahu pihak musuh sudah mengerah seluruh kekuatannya dari dalam dan luar untuk gagalkan permuafakatan ini. Jarum halus mencucuk sana sini, termasuk di alam maya.

“Kini mereka menghidu kejayaan menjelang PRU ke-15,” katanya menerusi entri di Fecebooknya.

Tanpa mengaitkan dengan apa-apa kemelut politik melanda negara, kenyataan itu dipercayai merujuk apa yang mungkin sedang berlaku di Perak.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, usaha penyatuan Melayu dan Muafakat Nasional (MN) satu pemikiran luar kotak yang sudah mengerah seluruh kekuatan pemikiran politik, sebelum menjayakannya.

“Sementara keputusan MN bersetuju membentuk Perikatan Nasional (PN) juga melalui proses yang sama. Kedua- duanya sudah membuahkan hasil yang bukan kecil buat orang Melayu, umat Islam dan negara keseluruhannya,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. Abang Nuar, UMNO bukan sebhg dari PN..Mungkin dlm UMNO hanya Bang Nuar dan beberapa macai lain yang merasakan diri sebhgian dari PN.. tetapi akar umbi tidak pernah merasakan diri sebagi sebhgian dari PN…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker