DUN Johor: Belanjawan Johor 2021 diluluskan sebulat suara

ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 berjumlah RM1.857 bilion dalam mendepani wabak COVID-19.

Ia sekali gus menepis spekulasi bahawa sidang DUN, hari ini akan berlaku kekecohan susulan perkembangan politik yang melanda Perak, kelmarin.

Belanjawan Johor 2021 dengan tema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, pada 26 November lalu.

Belanjawan 2021 Johor itu mengalami defisit sebanyak RM248.14 juta, selepas ia merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut, sebelum ini.

Hasni Mohammad, ketika membentangkan belanjawan itu dilaporkan berkata, ia berikutan unjuran hasil negeri adalah sebanyak RM1.609 bilion manakala unjuran perbelanjaan pula berjumlah RM1.857 bilion. BH

Rakaman suara mirip Muhyiddin dakwa Agong lebih suka Dr M kekal PM – MK

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker