Kemenangan ‘hatrik’ PN, RUU Perbekalan 2021 KeTSA lulus undian suara
KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon mengumumkan keputusan berkenaan.
Seperti beberapa kementerian sebelum ini, RUU Kementerian Tenaga dan Sumber Asli turut mendapat sokongan majoriti ahli parlimen tanpa melalui proses undian belah bahagi.
Kementerian ini diterajui Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, memperoleh peruntukan berjumlah RM2.10 bilion dalam Belanjawan 2021
You must be logged in to post a comment.