UMNO buat pengorbanan besar bekerjasama dengan PPBM

Terkini di My KMU !!!!---->

Kerjasama yang terbentuk di antara parti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehingga tertubuhnya kerajaan hari ini membuktikan pengorbanan perasaan dilakukan oleh UMNO.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sudah tiba masanya bukan hanya UMNO berkorban, sebaliknya semua parti perlu melakukan perkara sama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Inilah UMNO parti yang sentiasa peka kepentingan rakyat. Kita meminggirkan kepentingan mana-mana pihak, UMNO sentiasa daripada asas awal penubuhannya, matlamat kita melihat kesejahteraan rakyat, membela rakyat.

“Maka kalau kita bercakap (soal) pengorbanan, sebenarnya semua pihak melakukan pengorbanan termasuk UMNO. Di kalangan Ahli Parlimen dari PPBM, asalnya daripada UMNO.

“UMNO melakukan pengorbanan perasaan yang paling sukar nak buat dalam kehidupan. UMNO buat satu pengorbanan yang besar untuk sambut bersama dengan semua pihak demi melihat negara ini berada pada landasan dan ditadbir oleh satu kumpulan yang benar-benar mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat,” kata Ahmad Jazlan menggambarkan hubungan dua parti Melayu itu.

Menurut beliau lagi, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memperlihatkan bagaimana kata sepakat dapat diterjemahkan sebelum penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi UMNO menjelang PRU15 kelak, jelas Ahmad Jazlan, beliau akan akur dengan apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun, kejujuran dan keadilan perlu diterjemahkan terutamanya mengambil kira pengorbanan UMNO sebelum ini.

Ahmad Jazlan mengulangi, prinsip yang wajar dipertahankan sebelum sebarang keputusan politik diambil oleh pucuk pimpinan ialah dengam meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai tunggak paling utama.

“Dalam masa sama, pengorbanan tidak harus berlaku oleh satu pihak, maka pengorbanan harus dilakukan oleh kesemua pihak.

“UMNO telah melakukan yang terbaik ke arah kerajaan ini, bagi kita rakyat mesti melihat bahawasanya UMNO adalah parti sentiasa peka terhadap apa yang perlu dilakukan negara agama dan bangsa.

“UMNO kelantan tidak menuntut banyak perkara, cuma bagi kita biarlah keadilan biarlah kejujuran permuafakatan ini benar-benar wujud dan dapat diterjemahkan bukan setakat cakap-cakap,” katanya lagi. Awani

Tindakan gencatan politik pengorbanan kedua UMNO

Leave a Reply