Super model muslim tinggalkan dunia glamor demi agama

Halima bersara sebagai super model di usia 23 tahun. – Getty Images

Super model muslim tinggalkan dunia glamor demi agama

NEW YORK – Model popular Amerika Syarikat (AS), Halima Aden mengumumkan persaraan dari dunia peragaan kerana berasakan ia bertentangan dengan pegangan agamanya.

Aden,23, adalah gadis kelahiran Kenya dan beragama Islam.

Menulis tentang keputusan persaraan di laman Instagram, Aden berkata penularan wabak koronavirus memberikannya ruang dan masa untuk berhenti serta berfikir tentang nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam diri sebagai seorang wanita Islam.

“Bergelar seorang model berhijab merupakan satu perjalanan yang banyak pasang surutnya,” katanya.

“Saya hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana sering mendahulukan  tawaran pekerjaan berbanding apa yang lebih penting iaitu agama saya,” ujaranya.

Tambah Aden, berkecimpung dalam industri fesyen dan glamor, agak sukar baginya mencari seorang penata gaya wanita Muslim yang boleh memahami mengapa dia perlu memakai hijab dalam setiap pakaiannya.

Aden salahkan diri sendiri kerana lebih mementingkan kerja berbanding tuntutan agama. – Getty Images

Dia turut meluahkan rasa kesal kerana banyak mengambil mudah soal tuntutan wajib agama ketika bekerja seperti bersetuju merakam foto tanpa hijab dan terlepas solat lima waktu.

“Saya menangis teresak-esak di dalam bilik hotel sebaik sahaja selesai pertunjukan fesyen kerana saya tidak mampu meluahkan apa yang saya rasa tidak patut dilakukan,” katanya.

Aden dilahirkan di kem pelarian Kenya dan memiliki ibu bapa berasal dari Somali. Mereka sekeluarga berpindah ke AS ketika Aden berusia enam tahun.

Mula menjadi model profesional di usia 18 tahun, Aden pernah menghiasi kulit muka depan majalah seperti Vogue British, Vogue Arabia dan Allure. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker