‘Darth Vader’ akhirnya temui ajal sebenar

KUALA LUMPUR: Aktor yang terkenal dengan watak Darth Vader dalam filem trilogi, Star Wars, Dave Prowse meninggal dunia pada usia 85 tahun, hari ini.

Mengikut laporan BBC, berita kematian Prowse diumumkan agensi aktor kelahiran Bristol, England itu, Bowington Management menerusi media sosial, beberapa jam lalu.

“Kami dengan penuh duka cita dan terkilan ingin mengumumkan kepada peminat seluruh dunia, David Prowse meninggal dunia pada usia 85 tahun akibat sakit mengejut.



“Semoga kekuatan akan sentiasa bersamanya,” tulis wakil agensi aktor berkenaan, Thomas Bowington menerusi akaun Facebook.

 

Sebelum menceburi bidang lakonan, Dave Prowse terlebih dahulu bergelar atlit angkat berat dan pernah mewakili England di Temasya Sukan Komanwel pada 1960. - Foto AGENSI
Sebelum menceburi bidang lakonan, Dave Prowse terlebih dahulu bergelar atlit angkat berat dan pernah mewakili England di Temasya Sukan Komanwel pada 1960. – Foto AGENSI

 

Prowse terpilih membawakan watak ikonik Vader itu berdasarkan bentuk fizikal yang memiliki ketinggian 1.98 meter.



Sebelum menceburi bidang lakonan, Prowse terlebih dahulu bergelar atlit angkat berat. Ketika aktif, beliau pernah mewakili England di Temasya Sukan Komanwel pada 1960.

Muncul kali pertama di layar perak menerusi filem Casino Royale pada 1967, Prowse juga terkenal dengan watak raksasa Frankestein apabila membintangi dua siri filem seram, Horror Of Frankestein pada 1979 dan Frankenstein and the Monster From Hell (1974).

Lakonannya menerusi drama bersiri, Green Cross Code Man yang mempromosikan amalan keselamatan jalan raya di United Kingdom (UK) melayakkannya dianugerahkan dengan gelaran Member of the order of the British Empire (MBE). – AGENSI



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker