Covid-19 : 1309 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Terdapat 1,309 kes baru Covid-19 setakat jam 12 tengah hari ini, dengan lebih seribu jangkitan direkod di luar Sabah.

Negeri Di Bawah Bayu yang pernah menjadi pusat penularan gelombang ketiga Covid-19 merekod penurunan, dengan 291 kes hari ini.

Sementara itu, tiga kematian dicatatkan manakala 116 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Status terkini COVID-19 setakat 29 November 2020



Jumlah sembuh baru: 1333 kes
Jumlah kumulatif discaj: 52647 kes (81.6%)

Jumlah kes baru: 1309 kes
Jumlah kumulatif: 64485 kes
Jumlah kes aktif: 11481 kes

Kes tempatan: 1308 kes
Kes import: 1 kes

Jumlah kematian: 3 kes (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 357 kes (0.55%)



Jumlah kes di ICU: 116 kes
Pesakit intubated: 42 kes

Perincian 1,309 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 29 November 2020 adalah seperti berikut:

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 493 kes
473 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Sabah: 291 kes
90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu Lima;
130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Selangor: 238 kes
113 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan;
49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 77 kes
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 52 kes
50 kesdaripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 46 kes
29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Johor: 37 kes
21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 35 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 32 kes
31 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Kelantan: Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir.



Pahang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

4 kluster baru dikesan di KL, Sabah, Selangor, Kelantan
FMT Reporters -November 29, 2020 6:25 PM
60
Shares
facebook sharing buttontwitter sharing buttonwhatsapp sharing buttonsharethis sharing button



KKM mengenal pasti kluster baru Covid-19, iaitu kluster Hilir, membabitkan Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan 4 kluster baru Covid-19 dikenal pasti di Kuala Lumpur, Sabah, Selangor dan Kelantan.

Kluster berkenaan adalah kluster Tapak Bina Sungai Mulia di Kuala Lumpur, kluster Batu Lima di Kota Kinabalu, Sabah, kluster Yayasan di Klang, Selangor manakala kluster HIlir membabitkan Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker