Bendera Putih Sudah Dikibar, ‘Game Over For PH’

Terkini di My KMU !!!!---->
Bila pejuang tegar seperti pemimpin Otai Reformis pun sudah menyebut “game dah over”,
“tunggu sajalah PRU 15 untuk tukar kerajaan” dan “SD banyak-banyak tu boleh kasi frame cantik-cantik untuk kenang-kenangan”, maka nyatalah game ini sepertinya sudah berakhir.
Ditambah pula oleh pengakuan berani pendukung AMANAH, “Nak tak nak memang kena tunggu angka dari MP kerajaan sendiri untuk belot…
Kalau tak sanggup bekerjasama dengan either pengkhianat, kleptokrat dan penjual agama, stop daydreaming akan dapat balik kuasa, baik fokus pada PRU 15″.
Ditambah lagi pula oleh kenyataan media rasmi Pemuda AMANAH Nasional berbunyi
“Pemuda AMANAH mengingatkan tiada keperluan untuk menaruh kepercayaan terhadap sokongan UMNO kepada Pakatan Harapan”.
Ditambah lagi pula oleh kenyataan media rasmi Pemuda DAP Nasional yang mendesak DAP
“berpisah dengan PKR” dan “membubarkan Pakatan Harapan” serta kenyataan media rasmi Wanita Muda Nasional AMANAH yang mendesak
“AMANAH mengkaji semula kedudukan parti dalam gabungan Pakatan Harapan”.
Maka sepertinya lengkaplah sudah episod pengibaran bendera putih ini.

Leave a Reply