[VIDEO] Rider Food Panda Kena Belasah, Pelanggan Bersikap Biadap Dikecam Netizen

Tular satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang rider Foodpanda dibelasah pelanggannya kerana makanan yang dipesan tidak dihantar ke depan pintu rumahnya.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daniel (@afixqs) berkata, rider berkenaan tidak dapat naik kerana tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

 

Dia yang berkongsikan video itu di laman Twitter miliknya turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan pelanggan itu.

“Kalau betul pun rider tu yang salah perlu ke sampai macam tu sekali dia kena pukul?,” ujarnya.

Menurut Daniel yang pernah menjadi penghantar makanan, dia pernah dimaki oleh pelanggan kerana makanan lambat sampai tetapi perkara seperti itu bukanlah disengajakan oleh mereka para ‘riders’.

“Adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masanya kami perlu menghantar banyak tempahan.

“Kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis boleh saja mereka terus membuat aduan dan ‘rider’ akan terus dibuang oleh majikan,” ujarnya.

Perkongsian Daniel itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan pelanggan itu. Malah, ramai yang tidak setuju dengan istilah ‘customer always right’ sehingga memberi hak kepada pelanggan melakukan apa sahaja.

Mohon kepada para pelanggan untuk banyak-banyak bersabar ya, kalau rasa tak boleh sabar sila masak makanan anda sendiri.

Kredit: Wow Berita

Penangan Covid-19, dari Pilot menjadi rider Food Panda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker