SPRM tahan CEO anak syarikat kerajaan Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan CEO daripada sebuah anak syarikat kerajaan Perak kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Perintah tahanan reman selama dua hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Umzarul An Nur Umar di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Lelaki berumur 45 itu ditahan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 3.45 petang semalam kerana dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk diluluskan.

Menurut sumber, dokumen berkenaan merupakan Surat Tawaran Pelantikan Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bertaraf jawatan tetap dan menerima gaji RM20,000 sebulan walhal dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bil.14/2017 bertarikh 8 Disember 2017 memutuskan lantikan jawatan tersebut adalah secara kontrak.

Pengarah SPRM Perak Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu.

Bernama

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker