Presiden Brazil enggan divaksin

BRASILIA – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berkata, beliau tidak akan menjalani suntikan vaksin koronavirus (Covid-19) biarpun mendapat persetujuan daripada pentadbirannya sendiri.

“Saya beritahu anda, saya tidak akan mengambilnya (vaksin). Itu hak saya,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di media sosial kelmarin.

Bolsonaro sebelum ini dikritik teruk kerana memperlekeh ancaman Covid-19 sebelum beliau sendiri diuji positif virus itu pada awal Julai lalu.



Malah, separuh daripada menteri Kabinetnya turut dijangkiti virus tersebut.

Kementerian Kesihatan Brazil baru-baru ini telah bersetuju dengan pembelian 100 juta dos vaksin berbeza yang dikembangkan AstraZeneca dan Universiti Oxford.

Setakat semalam, Brazil muncul di belakang Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling teruk dijangkiti wabak berkenaan di dunia.

Presiden Brazil mahu tumbuk muka wartawan



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker