Ulama Anggap Nikita Mirzani Umat Islam Yang Berbahaya, Merendahkan Syurga

Aktres Nikita Mirzani kini menjadi sebutan di Indonesia. Dia sering menjadi perhatian kerana semua tindakan dan kata-katanya yang penuh kontroversi.

Salah satunya dia pernah berbicara soal syurga dan neraka. Ibu kepada tiga anak ini mendedahkan fakta mengejutkan mengenai harapannya untuk masa depan.

Foto: IG Nikita Mirzani

Daripada mencari jalan ke syurga, Nikita sudah bersedia untuk masuk neraka. Malah, dia merancang untuk mengadakan pesta atau acara di neraka.



“Saya sudah katakan bahawa saya tidak gilakan untuk masuk ke syurga. Kalau saya masuk ke neraka pun tak mengapa. Senang! Saya akan bertemu dengan ramai teman,”- kata Nikita.

“Siapa tahu saya akan dapat mengadakan acara di sana nanti. Saya berjumpa dengan Michael Jackson, siapa yang akan anda temui? Penyanyi wanita yang meninggal kerana overdos, Amy Winehouse. Saya lebih baik pergi ke neraka. Di sana saya bertemu dengan ramai artis. Bukan artis Indonesia ya. “

VIDEO DIBAWAH:-

[videopress joFxUINH]

 



Ulama Anggap Nikita Mirzani Umat Islam Yang Berbahaya

Kata-kata jenaka Nikita membuat ulama yang disegani di Indoneisa, Buya Yahya mengkritik dan memberi nasihat. Dia menganggap sikap Nikita cukup berbahaya.

“Sekiranya ada seorang hamba yang bercakap seperti itu, maka dia telah mengalami kecelakaan besar. Kita harus sedih, dia mengalami musibah. Bukan hanya kepalanya yang retak, tetapi imannya juga hilang. Kita doakan dapat hidayah dan sedar kalau ada orang seperti itu,” kata Buya.

“Apatah lagi, dia mengatakan sudah tidak menginginkan lagi untuk masuk syurga, wah ini bahaya betul, sesiapa pun yang mempunyai perangai dan kemahuan seperti itu, maksudnya dia akan dimudahkan menuju ke neraka kalau memang tempatnya adalah di neraka, naudzubillah. Hal yang menjadikan seseorang keluar dari iman adalah merendahkan syurga dan neraka. Kemudian, jika ada orang yang mengucapkan seperti itu, kita sedih.”



Buya juga meminta orang ramai lebih berhati-hati. Dia menilai bahawa orang seperti Nikita cenderung membuat orang lain terluka.

“Semua dosa akan dilakukannya, mengapa? Dia tidak takut neraka, baginya apa sahaja yang dia lakukan, dia tidak peduli dengan hari pembalasan, nauzubillah, maka manusia jenis ini adalah manusia yang paling berbahaya. Anda mahu jual beli dengan orang ini, oh dia boleh saja menipu Anda, kenapa? Dia tak peduli, menipu boleh masuk neraka, dia tak peduli teman saya banyak di sana,” kata Buya.

Kredit: Murai

Nikita Mirzani Bongkar Ustaz Maheer Seorang Homoseksual



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker