Tak Jadi Bunuh Diri Sebab Nampak Buaya..Ingatkan Berani.!! 😂
KLANG – Seorang jurutera sebuah syarikat swasta membatalkan hasratnya membunuh diri apabila ternampak kelibat buaya selepas terjun ke dalam sungai di sini pada Isnin lalu.
Wanita yang berusia 34 tahun itu dipercayai bertindak demikian pada petang Isnin lalu disebabkan tekanan perasaan.
Menurut sumber, wanita itu pada mulanya nekad terjun di dalam sungai berkenaan sebelum berenang ke kawasan tebing.
“Dia mendakwa ternampak kelibat buaya menyebabkannya tidak meneruskan hasratnya untuk membunuh diri.
“Wanita itu menceritakan kejadian tersebut selepas diselamatkan orang awam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Anggota bomba berada di lokasi kejadian seorang wanita cuba membunuh diri di Klang pada Isnin lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menemui wanita itu dalam keadaan basah di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian.
Wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati wanita yang masih bujang itu mengalami tekanan perasaan.
“Siasatan mendapati wanita itu bekerja di Port Dickson selama lapan tahun sebelum ditukarkan ke Petaling Jaya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE