Agong zahir penghargaan kepada MP sokong Belanjawan 2021

Yang Dipertuan Agong (YDPA) menzahirkan penghargaan kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat yang
telah memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengalu-alukan sokongan yang telah diberikan untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan
wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mendokong titah nasihat baginda pada 28 Oktober 2020 lalu untuk memberi sokongan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat serta kemaslahatan negara.

Sesungguhnya, selain daripada pemulihan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat, Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha membendung dan menangani ancaman wabak Covid-19.

“Selaku Ketua Negara, Al-Sultan Abdullah amat menghormati setiap parti politik yang berdaftar di negara ini. Seri Paduka Baginda juga menghargai peranan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat
dalam membela kebajikan rakyat,” kata Ahmad Fadil dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, katanya, Seri Paduka Baginda amat menghargai komitmen dan semangat muafakat serta gandingan bahu setiap pihak kerana ianya amatlah penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan
bersama.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan keyakinan penuh kemampuan kerajaan untuk menerajui pentadbiran negara pada saat negara sedang diuji dengan pelbagai krisis. MG

Mejar Mohd. Zahir maut sebab kecuaian?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker