Anggota polis ditahan songlap RM1.6 juta
Beberapa orang anggota dan pegawai penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di Kuala Lumpur ditahan selepas didakwa songlap RM1.6 juta milik peniaga dari China.
Sinchew Daily melaporkan, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang menerima maklumat seterusnya menahan kesemua polis terlibat.
Difahamkan, penyiasat tersebut telah menyerbu rumah peniaga dari China dan merampas RM1.6 juta dengan alasan mahu menyiasat kes penipuan dalam talian.
Peniaga dan jumlah wang itu telah dibawa ke balai polis.
Peniaga itu kemudian berjaya membuktikan bahawa RM1.6 juta itu bukan hasil aktiviti penipuan, tetapi dia tetap tidak berjaya untuk mendapat semula wang yang dirampas.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di IPK Kuala Lumpur, yang seterusnya mendorong kepada penahanan beberapa anggota polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly bagaimanapun tidak mengulas apabila ditanya mengenai kes tersebut. MG
You must be logged in to post a comment.