“Aku Tak Sangka Kau Dengan Kawan-Kawan Kau Datang Awie”…. Sebak Pak Hamid Gurkha Terima Kunjungan Datuk Awie
Konvoi ke rumah Pak Hamid itu disambut dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Instagram dan twitter sayap2wings.
Suasana sebak menyelubungi ketibaan Dato’ Awie, Wings dan konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Wings Motor Gang Society di rumah Pak Hamid Gurkha.
Namun suasana sebak kembali bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Dato’ Awie berkongsi pengalaman manis mereka semasa penggambaran filem Zombie Kampung Pisang dan Antoo Fighter.
Pak Hamid popular dengan lakonan dalam banyak filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Sejak dari dulu lagi, lakonan Pak Hamid sentiasa buat kita tidak kering gusi menonton keletah beliau.
Semoga Pak Hamid dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga tercinta.
Setakat ini, rutin harian Pak Hamid hanya di rumah melayan cucu dan cicit kami. Jika dia nak keluar pun, saya akan ikut menemaninya. Pak Hamid suka berdikari dan kalau mahu ke mana-mana, masih nak memandu kereta sendiri. Jadi, kenalah saya ikut sebagai peneman untuk membantu dia ketika memandu.
“Maklumlah, pendengaran dah kurang dan dengan adanya saya bersama, dapatlah bercakap dan memberi arahan kepadanya dengan lebih jelas,” kata Timah kepada sebuah akhbar.
Baru-baru ini juga, Hamid dikunjungi penyanyi dan pelakon, Datuk Awie bersama pasukannya ke kediaman pelakon itu di Sri Andalas, Klang untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur dan kewangan. Timah berkata dia bersyukur dengan bantuan diterima dan tidak menduga masih ramai penggiat seni tanah air masa kini yang ingat pada suaminya. Pak Hamid pun kali terakhir berlakon seingat saya dalam filem Alamak Toyol pada 2011, dan selepas itu dia hanya muncul dalam beberapa program TV yang berkonsep lawak jenaka.
“Namun, sejak beberapa tahun lalu dan mungkin agak lama juga tidak berlakon baru diketahui suami saya ada masalah pendengaran,” katanya.Mengulas juga tips kebahagian rumah tangganya dan Hamid yang bertahan hingga enam dekad, Timah berkata dia tidak pernah mencampuri urusan kerjaya suaminya sebagai pelakon.
Saya percayakan suami kerana dia keluar bekerja untuk mencari rezeki keluarga. Saya juga sentiasa mendoakan keselamatannya sepanjang bekerja.
“Suami saya pun, memang berterus-terang jika dia keluar bekerja. Malah, selama dia aktif berlakon pun, tidak ada cerita kurang baik tentangnya,” kata Timah.
Hasil perkongsian hidup Hamid atau nama sebenar Abdul Hamid Abdul Rahman dengan Timah, mereka dikurniakan lapan anak. Bagaimanapun, dua daripadanya sudah meniinggal dunia.
Berkongsi memori
Dalam pada itu, media sosial tersebut telah memaklumkan bahawa suasana sebak bertukar ceria apabila Pak Hamid dan Awie berkongsi pengalaman manis semasa pengambaran beberapa buah filem yang mereka berlakon bersama.
Terbaik Dato’ Awie
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen positif diatas inisiatif yang dilakukan oleh pihak Awie dan Wings.
Konvoi yang dilakukan bukan sahaja menghulurkan bantuan, malahan sedikit sebanyak memberikan senyuman kepada mereka yang pernah memberi senyuman kepada kita dahulu.
Lagend bertemu lagend
Terus lakukan kebaikan
Sumber: Saiful Izam, sayap2wings,OhMyMedia
You must be logged in to post a comment.