PM Israel adakan pertemuan rahsia dengan Putera Arab Saudi
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Putera Arab Saudi Mohammed bin Salman (kanan). – AFP
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengadakan rundingan rahsia dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di Arab Saudi, lapor media dalam lawatan julung kali Perdana Menteri Israel ke negara itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yang ke Israel pada minggu lalu juga menghadiri perbincangan yang dilaporkan itu, kata wartawan diplomatik di stesen penyiaran Israel, Kan hari ini.
Penyiar itu memetik pegawai yang enggan dikenali berkata, Netanyahu dan ketua agensi perisikan Mossad, Yossi Cohen ‘terbang ke Arab Saudi dan berjumpa dengan Pompeo dan Putera Mohammed di bandar Neom’.
Pertemuan yang dilaporkan itu berlaku beberapa minggu lalu selepas Israel bersetuju di bawah perjanjian disokong AS yang dikenali sebagai Abraham Accords untuk menormalkan hubungan dengan dua sekutu Arab Saudi di Teluk iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.
Beberapa media di Israel melaporkan lawatan Netanyahu ke Arab Saudi turut disertai wartawan terkenal, Barak Ravid dari Walla News dan Axios.
Sementara itu, pejabat Netanyahu tidak memberikan komen lanjut mengenai laporan itu.
Mahkamah kerajaan Arab Saudi pula tidak memberikan komen terhadap pertanyaan AFP mengenai mesyuarat Putera Mohammed dan Pompeo. – AFP
You must be logged in to post a comment.