[VIDEO] Gadis Didakwa Hasilkan Krim Kilo, “Dah Macam Buat Cendol ke Atau Buat Kek Lapis Sarawak?” 🤣🤣🤣🤣 · MYKMU.NET

[VIDEO] Gadis Didakwa Hasilkan Krim Kilo, “Dah Macam Buat Cendol ke Atau Buat Kek Lapis Sarawak?” 🤣🤣🤣🤣

Share

Krim kilo atau turut diberi gelaran krim timbang adalah produk kecantikan yang dihasilkan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dalam penghasilannya. Kebiasaannya ia dibuat di rumah tanpa ujian dari makmal yang boleh merosakkan kulit kepada pengguna.

Malah krim kilo ini juga tidak dapat kelulusan dari pihak berwajib.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang gadis didakwa sedang mengadun krim kilo. Video gadis didakwa hasilkan krim kilo itu pada asalnya dimuat naik di Tiktok dan kemudiannya dikongsikan di Twitter. Dalam rakaman yang menjadi tumpuan ramai itu, kelihatan gadis tersebut sedang mengadun seakan krim tersebut di dalam satu bekas besar. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Video viral gadis didakwa hasilkan krim kilo ini telah meraih lebih 395 ribu tontonan dan 6,900 retweets serta 5,600 likes. Selain dari video ini, beberapa rakaman lain gadis tersebut turut dikongsikan oleh netizen di ruangan komen tweet tersebut seperti berikut:

Selain dari perkongsian tersebut, rata-rata netizen lain meluahkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Tengok pun seram. Macam mana lah orang boleh guna some of this product. Please jaga your skin”

krim timbang kilo 3

“Sebenarnya aku tertanya apa isi kandungan timbang kilo ni? Dah macam buat cendol aku tengok”

krim timbang kilo 2

“Krim dengan baju dia tak ada beza. Warna warni Aidilfitri”

krim timbang kilo 1

Kredit: HCL

KBBM bantu Koko Minda, Cendol Kg Hulu berdaya saing

Leave a Reply