Rizab Antarabangsa BNM berada pada AS$104.9 bilion sehingga 13 Nov · MYKMU.NET

Rizab Antarabangsa BNM berada pada AS$104.9 bilion sehingga 13 Nov

Share

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.9 bilion (AS$1=RM4.1) pada 13 Nov berbanding AS$104.6 bilion yang direkodkan semasa 30 Okt lepas.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertunggak dan 1.2 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.

Bank pusat itu berkata komponen utama rizab antarabangsa ini adalah rizab mata wang asing (AS$95.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR; AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion), dan aset rizab lain (AS$4.7 bilion).

Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta termasuk SDR berjumlah RM435.95 bilion; Kertas kerajaan Malaysia (RM10.98 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM9.41 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM17.41 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion); serta aset lain (RM13.66 bilion).

Katanya lagi, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM171.79 bilion); mata wang dalam edaran (RM128.14 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM144.09 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.32 bilion), dan deposit lain (RM8.3 bilion); kertas Bank Negara (RM13.59 bilion); peruntukan SDR (RM7.85 bilion) serta liabiliti lain (RM5.36 bilion).

-BERNAMA

Krisis dalam Amanah? ‘Bercinta’ dengan Anwar tetapi ‘Rindu’ pada Mahathir

Leave a Reply