Mukim Lahat, Ipoh dilanda banjir

IPOH: Beberapa kawasan di Mukim Lahat di sini dinaiki air malam ini berikutan hujan lebat sejak petang tadi.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Sri Aman Fasa 2, Kampung Sri Kinta, Kampung Pengkalan Gate, Kampung Temiang, Tebing Tinggi, Buntong, Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Kampung Kuala Pari dan Kampung Pasir Putih Tambahan.

KEADAAN banjir yang berlaku di Lahat, Ipoh hari ini. – GAMBAR MEDIA SOSIAL/APM

 

Jalan ke sebuah pusat membeli-belah di Falim juga telah ditutup oleh pihak polis atas faktor keselamatan.



Menerusi gambar keadaan banjir yang tular dalam media sosial, beberapa buah kereta yang dikatakan diletakkan di kawasan tempat letak kereta di pusat membeli belah berkenaan ditenggelami air.

Setakat ini maklumat mengenai penduduk yang dipindahkan akibat banjir belum diperoleh. – UTUSAN ONLINE

MB Perak bantu keluarga tular tunggang motosikal dari Ipoh ke HKL



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker