Filem Baru Namewee, ada perkataan ‘Melayu’ selepas tajuk ‘Babi’
Dia yang sebelum ini membuat video bersifat sindiran dan mengandungi kata-kata kesat yang dimuat naik ke dalam siaran Youtubenya.
Antara lagu-lagu ia adalah termasuk lagu berjudul Kawanku sebuah lagu kotroversi yang mengkritik Cina malaysia, orang Melayu, dan Negarakuku. Walau bagaimanapun ia kemudian dipadam olehnya demi menjaga sensitiviti perkauman di Malaysia.
Walaupun diselubungi kontroversi akibat lagu-lagu sindiran terbabit, Wee telah mengeluarkan album bertajuk 明志 Namewee, di Malaysia pada 3 September, 2007,Album itu siap pada bulan Mei, dengan mengecualikan lagu kontroversi Negarakuku.
Walau bagaimanapun satu laporan polis perlu dibuat dan siasatan dibawah Akta Hasutan perlu dlakukan ke atasnya akibat kontroversi yang terbaru ini.