Bintang Liverpool ‘Salah’ positif Covid-19 sekali lagi..

LONDON: Mohamed Salah diuji positif Covid-19 sekali lagi, sekali gus terlepas pertemuan Liverpool menentang Leicester City, Ahad ini.

Reds masih berharap penyerang Mesir itu dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini jika keputusan ujian ketiganya negatif.

Bagaimanapun selepas dua ujian terdahulu yang diperoleh, Jumaat lalu disahkan positif, keputusan ujian ketiga yang dikeluarkan hari ini juga positif, umum Persatuan Bola Sepak Mesir sebentar tadi.

Kedua-dua pemain Mesir, Salah dan bintang tengah Arsenal, Mohamed Elneny kini menjalani pengasingan.

Mohamed Salah ‘serba salah’ kerana Positif Covid-19

Salah, 28, juga bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Atalanta, Rabu depan, selain pertemuan dengan Brighton dalam saingan liga, Sabtu depan.

Ini adalah tamparan hebat buat Liverpool yang masih tidak pasti dapat menurunkan pemain seperti Thiago Alcantara, Fabinho, Jordan Henderson dan Andy Robertson akibat kecederaan.

Posisi Salah bakal diambil alih penyerang Portugal, Diogo Jota jika jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp kekal dengan formasi 4-3-3.

Bagaimanapun, pemain seperti Xherdan Shaqiri, Takumi Minamino dan Divock Origi turut berharap untuk diturunkan.

Selepas lapan perlawanan, Leicester mendahului liga dengan 18 mata, satu mata mengatasi dua pencabar rapat, Tottenham dan Liverpool.

Arah pekerja rogol isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker