Ahli Akademik Bumiputera Dari UIAM Mahu Istilah Bumiputera Dan Bukan-Bumiputera Dihapuskan?

Terkejut besar saya bila membaca laporan bahawa seorang Penolong Profesor dalam bidang Sains Politik dari UIAM berkata “istilah-istilah Bumiputera dan bukan-Bumiputera perlu dihapuskan kerana ia menyerupai mentaliti “kita lawan mereka”” (“the terms Bumiputera and non-Bumiputera should be done away with because they resemble a “us versus them” mentality”).

Selama ini, pihak yang sangat lantang memperkatakan mengenai keperluan menghapuskan istilah-istilah Bumiputera dan bukan-Bumiputera ini adalah para pemimpin DAP, khususnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masing-masingnya pernah direkodkan secara rasmi sebagai berkata:

(1) “Negara Malaysia baru kita semua mahu ialah negara di mana ada kesaksamaan dan keadilan untuk semua kaum dan kelas, di mana tidak ada warganegara-warganegara Malaysia kelas pertama dan kelas kedua dengan memisahkan mereka kepada ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera.’” (Surat terbuka dan Jemputan kepada penduduk Sungei Way dari Lim Kit Siang pada 7 Januari 1969)



(2) “Kita akan terus menekan ke arah kesaksamaan kaum, di mana semua warganegara adalah sama, di mana tidak ada perbezaan di antara ‘Bumiputera’ dan ‘bukan-Bumiputera.’” (Ucapan Lim Kit Siang di Dato Kramat, Pulau Pinang, pada 25 Januari 1969)

(3) “Kita mahu Perikatan berhenti memisahkan rakyat kepada ‘Bumiputera’ kelas pertama dan ‘bukan-Bumiputera’ kelas kedua” (Surat terbuka kepada pengundi Melaka dari Lim Kit Siang pada 7 Mei 1969)

(4) “Pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera, yang telah diinstitusikan, adalah penyebab terbesar perpecahan dalam negara.” (Ucapan Lim Kit Siang di Universiti Sains Malaysia pada 22 Januari 1986)



(5) “Saya dengan ini mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan.” (Ucapan Lim Kit Siang di Selangor Chinese Assembly Hall pada 10 September 1995)

(6) “DAP mendesak pemisahan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera dihapuskan segera.” (Ucapan Lim Kit Siang di Bintulu pada 15 September 1995 dan di Bagan pada 20 September 1995)

(7) “Perlembagaan Merdeka 1957 mendiskriminasi rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan-Bumiputera.” (Ucapan Lim Guan Eng di Makan Malam Ulangtahun ke-40 Cawangan Batu 14 DAP Puchong pada 10 Disember 2006)

(8) “Bagaimana boleh kita bentuk semangat untuk satu negara yang diikat oleh satu legasi bersama bila rakyat Malaysia dipisahkan kepada warganegara-warganegara Bumiputera dan bukan-Bumiputera kelas pertama dan kelas kedua?” (Kenyataan Lim Guan Eng pada 29 Ogos 2007)



Jika benarlah ada ahli akademik Bumiputera dari UIAM kini turut memperkatakan mengenai keperluan menghapuskan istilah-istilah Bumiputera dan bukan-Bumiputera maka agak malanglah nasib golongan Bumiputera di negara ini.

Apa pun, saya akan meneliti sepenuhnya rakaman forum IDEAS yang dipetik malam ini dengan harapan agar laporan ini adalah tidak betul dan agar ahli akademik Bumiputera yang dimaksudkan sebenarnya tidak berkata demikian.

Dr. Kamarul Yusoff

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker