[VIDEO] “Sakitnya Ya Allah!” – Gadis Ini Parking Kereta Nangis-Nangis Tepi Jalan Sebab Frust Pakwenya Curang

Dalam sesebuah hubungan, ia memerlukan kesetiaan daripada kedua belah pihak supaya tidak mudah diganggu orang ketiga

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia memuat naik videonya sedang menangis dalam kereta di tepi jalan kerana dia mendapat tahu teman lelakinya curang depan mata.



Lihat Video Di bawah:

Curang itu pilihan, bukan dugaan,” katanya.

Menerusi video berdurasi 15 saat tersebut, gadis yang mesra dipanggil Mieza itu kelihatan sangat sedih dan kecewa apabila teman lelakinya kantoi bermain kayu tiga di belakangnya selama ini.

Siapa je yang tak sedih bila orang yang kita percaya dan sayang rupa-rupanya ada orang ketiga senyap-senyap dan akhirnya kita nampak kecurangan itu berlaku depan mata sendiri.



Mieza sempat meletakkan beberapa ayat di dalam video tersebut menggambarkan betapa hancurnya hati dia ketika itu.

“Aku hanya ada dia. Dia la kawan dan segalanya. Apa-apa semua dengan dia, berdua saja. Kenapa tak menghargai apa yang ada di depan mata? Curang itu pilihan, bukan dugaan. Sakit nya Ya Allah,” katanya.

Video itu tular sehingga mencecah lebih setengah juta tontonan dan hampir 60,000 tanda suka di TikTok

Selepas video tersebut tular di laman sosial, Mieza mendapat banyak kata-kata semangat daripada warganet dan rata-rata mereka berkata ada hikmahnya dia tahu teman lelakinya curang sekarang.

Kalau dia tahu ketika mereka sudah mengikat tali pertunangan atau berkahwin, pasti lagi sukar untuk dia terima.



Ramai juga yang pernah melalui situasi sama seperti Mieza, namun mereka berkata hidup perlu diteruskan dan tidak ada gunanya buang air mata untuk orang yang sia-siakan kita.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image from @miezanaszree_ (TikTok)

Image via @miezanaszree_ (TikTok)



Image from @miezanaszree_ (TikTok)

Image via @miezanaszree_ (TikTok)



Image from @miezanaszree_ (TikTok)

Image via @miezanaszree_ (TikTok)



Buat sesiapa di luar sana yang mengalami situasi seperti Mieza, semoga anda kuat dan mendapat pasangan yang menghargai anda satu hari nanti 🙂

Sumber: Seismik

“Curang perlu kerja keras, kena padam semua mesej… lock phone” – Puteri Sarah kongsi petikan kata-kata cinta yang tak setia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker