Apa kerajaan buat untuk bawa balik Jho Low, soal Gobind

Puchong Selangor 150219 KKMM Minister YB Gobind Singh Deo During ” The Coffee with KKMM Minister” (pic by Ismail Che Rus)
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mahu kerajaan menjelaskan tindakan yang diambil ketika ini untuk memastikan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya mahu tahu apa tindakan diambil oleh kerajaan untuk pastikan boleh kembalikan Jho Low ke Malaysia. Kenapa tak dengar perkara itu,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Gobind turut meminta penjelasan bagaimana usaha kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Jho Low sekiranya ada.

“Ini penting kerana harta dilesapkan beliau dalam skandal ini (1MDB). Usaha kerajaan pastikan wang dilesapkan dari negara kita khusus wang 1MDB dikembalikan pada negara kita,” katanya.

Semalam, rakaman perbualan ahli perniagaan itu dengan pegawai kerajaan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) disiarkan dalam sebuah dokumentari Al Jazeera.

Dalam klip mengandungi 2 bahagian siasatan khas bertajuk “Jho Low: Hunt For A Fugitive”, beliau menyalahkan pihak lain yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. FMT

Nota : Apa Kerajaan Pakatan Harapan buat selama 22 bulan tak dapat bawa balik Jho Low ? Kenap masa itu Gobind tak tanya ?

Jho Low akhirnya muncul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker