Amanah pening tak tahu nak sokong Anwar atau Mahathir · MYKMU.NET

Amanah pening tak tahu nak sokong Anwar atau Mahathir

Share

Ahli Amanah bimbang pemimpin berpecah sokong Dr M, Anwar

Ahli Amanah yang berpengaruh akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin mereka berhubung perselisihan semakin meningkat antara mereka yang menyokong Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya.

Orang dalam parti itu berkata, kata sepakat perlu dicapai dalam kalangan pucuk pimpinan parti.

“Parti ini kecil dan kami perlu mula mempunyai rancangan untuk pemilihan. Jika pemimpin boleh tampil dengan satu keputusan, kami boleh mula mengaktifkan jentera kami juga,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, akar umbi ketika ini berbelah bagi antara pemimpin mereka yang mempunyai pilihan berlainan untuk seorang pemimpin negara.

Semalam, Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mencetuskan kekecohan dalam politik Selangor dengan meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.

Tindakan Fakhrulrazi keluar parti menyebabkan Amanah hanya mempunyai 6 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding 8 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi orang dalam parti itu berkata, ia menjadi ketara ahli Parlimen mana yang menyokong Mahathir atau Anwar, menimbulkan kucar-kacir dalam kalangan ahli parti yang mencari arah tuju kukuh.

“Mereka perlu berbincang dalam kalangan mereka sendiri.”

FMT sudah menghubungi Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan masih menunggu komennya.

Amanah, yang terdiri daripada puak serpihan PAS, bertanding 27 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2018 dan memenangi 11 kerusi. Lima daripada ahli Parlimennya dilantik sebagai menteri dan yang lain menjadi timbalan menteri dalam kerajaan Mahathir.

Pemimpin Amanah perlu buat keputusan

Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, sebahagian pemimpin Amanah bersama Ikram, sebuah NGO Islam, dengan ada yang menyokong Mahathir, manakala yang lain bersama Abim, organisasi beliau yang menyokong Anwar.

Ikram ialah Pertubuhan Ikram Malaysia, manakala Abim mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia.

Azizuddin berkata, disebabkan itu, perselisihan dalam Amanah mungkin berterusan.

Tambahan, katanya, Mahathir memberi keutamaan kepada Amanah kerana beliau menerima pendekatan parti itu “Islam Rahmat Untuk Semua”.

“Itu sebabnya ada yang menyokong Mahathir. Mereka berjaya mempengaruhi beliau.”

Katanya, Anwar juga cuba menarik ramai ahli Parlimen Amanah menyokong dirinya ketika beliau menyasarkan jawatan perdana menteri.

“Ia kini bergantung kepada apa yang pemimpin Amanah mahu sebagai sebuah pasukan supaya mereka boleh mara.” FMT

Anwar gagal dapat sokongan sebagai PM, kata Dap dan Amanah

Leave a Reply