PRNJohor: PN akan menang besar – Hamzah

PRNJohor: PN akan menang besar – Hamzah

Perikatan Nasional (PN) hari ini menzahirkan keyakinan mereka untuk menang besar dalam PRN Johor, mengulangi kejayaan yang dikecapi mereka dalam PRN Sabah dua tahun lalu.

Pengarah PRN PN Johor, Hamzah Zainudin, menyandarkan keyakinan itu pada “sambutan luar biasa” terhadap program yang dihadirinya hari ini, sekali gus memberikan bayangan bahawa Umno patut takut dengan sambutan yang diterima PN.



“Rakyat akan bersama-sama kita untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah.

“Bukan hanya di Johor, bahkan PN akan bangkit untuk tentukan masa depan rakyat di negeri ini.

“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa, jika Umno tak takut saya tak tahulah,” katanya dipetik Sinar Harian ketika berucap dalam Program Kotak Prihatin kepada Pertubuhan Pemandu Teksi Johor Bahru di Bandar Baru Uda hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, ada pihak yang galak mengkritik PN dan parti komponennya, sedangkan merekalah yang sebenarnya mendatangkan masalah di Johor.



Tambah menteri dalam negeri itu, jika sebelum ini PN tunduk dan diam, kini sudah sampai masa untuk mereka bangkit dan memberi tentangan habis-habisan kepada pihak yang disifatkannya sombong dan tamak kuasa.

“Saya tahu kita akan capai kemenangan, kita akan buktikan kepada mereka yang angkuh, sombong dan tamak kuasa bahawa rakyat tidak mahu lihat mereka sebaliknya mahu kumpulan yang prihatin seperti PN,” katanya yang juga ahli parlimen Larut.

Untuk rekod, meskipun Hamzah menjadikan PRN Sabah contoh kemenangan besar yang wajar ‘menggerunkan Umno’, PN masih perlu mendapat sokongan daripada Umno-BN untuk menguasai majoriti DUN negeri itu.

Umno-BN dan PN pula bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Dalam PRN Sabah, GRS – terdiri daripada PN, Umno dan Parti Bersatu Sabah (PBS) – mendapat 38 kerusi menewaskan Warisan Plus dengan 32 kerusi – terdiri daripada Warisan, PKR dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko). SM

PRNJohor: PN akan menang besar – Hamzah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang



Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker