Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis

Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis

Penganalisis berkata, langkah Barisan Nasional (BN) bertanding tanpa bekerjasama dengan parti di luar gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor adalah untuk kepentingannya sendiri.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, ketidaktentuan dari segi peluang parti lain dalam PRN itu menjadikannya bukan satu idea yang buruk untuk BN tidak menyerahkan kerusi yang boleh ditandinginya sendiri.



“Walaupun menang, tidak pasti sama ada mereka akan kekal menyokong BN,” katanya kepada FMT.

“PAS misalnya akan kekal dengan Bersatu. Ini menyebabkan Umno rugi dan akan melemahkan dominasinya dalam BN.”

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) Johor dilaporkan bercadang untuk bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN akan datang.

Pengerusi BN Johor, Hasni Mohammad berkata, bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.



Awang Azman berkata, BN yakin akan menjadi kuasa dominan di Johor kerana ia merupakan kerajaan sedia ada yang mempunyai reputasi kestabilan.

“Malah pembangkang dilihat kurang padu, sama seperti di Sarawak dan Melaka. Ini memberi kelebihan kepada BN di Johor.”

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, kemungkinan besar BN akan bertanding secara solo pada PRN itu.

“Terdapat sekumpulan besar pihak dalam Umno yang menentang PAS sekeras-kerasnya,” katanya. “Jadi walaupun PAS bersikap baik dengan Umno, saya ragu-ragu bahawa Umno akan bersetuju untuk bekerjasama dengan parti itu.



Tambahnya, tiada pakatan lain yang boleh dipertimbangkan oleh BN untuk menentang Perikatan Nasional (PN). FMT

Lebih baik BN tanding PRN Johor secara solo – penganalisis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz



Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker