[VIDEO] Bawa Lori Macam Hilang Pedoman…Otak Letak Mana!!!!

Kuala Krai: Sudahlah membawa kenderaan berat dalam keadaan berbahaya malah tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Itulah tindakan seorang pemandu lori yang memandu secara berbahaya di Kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya memandang serius video yang tular di media sosial sejak semalam dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis sudah membuat tangkapan ke atas pemandu lori berkenaan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shafien berkata, berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku jam 8.30 pagi semalam apabila pemandu lori yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu untuk menghantar barang ke kedai serbaneka.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan memotong sebuah lori serta masuk ke sebelah kanan jalan dan ketika memotong, secara tiba-tiba sebuah motosikal membelok ke kanan jalan dan bergesel dengan tayar lori berkenaan.



“Penunggang dan pembonceng motosikal hendak membelok ke kanan untuk ke tempat kerja di kedai percetakan di Pahi.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan, bagaimanapun penunggang motosikal dibenarkan keluar dari hospital pada hari sama, manakala pembonceng motosikal pula masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Rakaman berdurasi 1 minit 41 saat yang tular di media sosial menunjukkan pemandu lori berkenaan memandu dalam keadaan berbahaya dan beberapa kali cuba memotong garisan berkembar.

Lihat Video Dibawah ini:-

[videopress 3b0iqDpi]

Lori itu memotong Perodua Bezza dan lori di hadapannya sebelum menyedari sebuah motosikal membelok ke kanan jalan.



Walau bagaimanapun, pemandu lori berkenaan sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan yang dipandunya itu di tepi jalan-HM

Tiga wanita maut nahas empat kenderaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker