Polis Kesan Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Pulau Pinang

 Seorang lelaki dipercayai pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang hari ini

GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.

Sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada jam 3.20 petang tadi.

“Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan. – BERNAMA



Wanita ditemui pengsan kes indeks Kluster Pulau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker