PKPD Medan 88: 29 penduduk serah diri untuk saringan COVID-19 – Polis
SEPANG, 15 Nov — Seramai 29 penduduk Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi, yang tidak pulang ke kediaman masing-masing sejurus mendapat maklumat kawasan itu akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), telah tampil menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan berkata 13 orang menyerah diri pada hari Khamis lepas, 11 menyerah diri pada hari Jumaat, tiga pada hari Sabtu, dan dua lagi tengah hari tadi.
Beliau berkata berkata daripada 29 individu berkenaan, tujuh terdiri daripada warga Indonesia, tujuh lagi adalah warga Thailand, dan masing-masing seorang adalah warga Myanmar, India dan Nepal.
Khamis lepas, media melaporkan kira-kira 400 penduduk Medan 88 tidak pulang ke kediaman masing-masing selepas mendapat maklumat kawasan itu dipasang kawad duri untuk pelaksanaan PKPD berkuatkuasa semalam sehingga 25 Nov ini.
— BERNAMA
Serah Diri atau Ditahan Polis, Menteri Beri Amaran Penduduk Medan 88
You must be logged in to post a comment.