Hubungan dalam MN kukuh, Umno tidak halang PAS sertai PN, kata Pemuda PAS

Penyertaan PAS dalam penubuhan Perikatan Nasional (PN) tidak menjadi isu, termasuk dari segi hubungan dengan parti sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu Umno.

Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin berkata, walaupun parti itu menyertai gabungan PN, namun hubungan dengan Umno dalam MN tetap teguh dan tidak timbul isu bahawa hubungan antara 2 parti Melayu itu semakin dingin seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Penubuhan PN ada dalam makluman Umno dan dibincang dalam mesyuarat MN pusat. Umno tidak menghalang,” katanya kepada FMT, selain memberitahu bahawa dakwaan kononnya PAS mahu meningalkan Umno dan MN selepas menyertai PN tidak tepat sama sekali.

Katanya, penyertaan PAS dalam PN adalah sama seperti penyertaan Umno dalam Barisan Nasional (BN).



“PAS adalah parti komponen dalam PN, macam Umno dalam BN. jadi tiada perbezaan apa-apa.

,“Kita terus perkasakan hubungan dalam MN,” katanya.

Terdahulu setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya PAS tidak seintim dulu dan semakin renggang sejak kebalakangan ini, tetapi tidak membawa kepada pertelingkahan yang serius.

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan PN.



Hubungan PAS dan Umno menjadi bualan dan dilihat tidak sehaluan apabila ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sokongan bersyarat yang ditetapkan oleh dan ahli Parlimen Pekan Najib Razak untuk menyokong Belanjawan 2021 seumpama “hikayat Puteri Gunung Ledang”.

Fadhli mengkritik Najib kerana bekas perdana menteri itu mahu kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Terbaru Fadhli berkata, walaupun pendirian PAS nampak berbeza berhubung Belanjawan 2021, khususnya melibatkan isu KWSP dan lanjutan moratorium, ia tidak menandakan 2 parti itu “bertembung”.

“Dalam hal itu (sokongan bersyarat) sahaja saya tidak bersetuju. Kerana itulah timbulnya contoh syarat “puteri dari gunung” itu.



“Saya tidak bermaksud menyindir. Saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf, tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas,” katanya merujuk kepada kisah lagenda peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Melaka dalam buku Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu..

“Dato Seri Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa yang mengurangkan hormat saya kepada beliau. Isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi isu pertembungan Umno-PAS.

“Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-dua parti, tetapi rakyat.

“Saya kekal menghormati hubungan Umno-PAS,” katanya.



Sementara itu, Najib dalam respons berkata, beliau tidak mengambil hati dengan ucapan Fadhli.

“Terima kasih ustaz. Saya tak pernah ambil hati dan kita tetap kawan,” kata Najib. FMT

Najib balas balik ‘posting’ Fadli Shaari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker