Bukan sebab DAP

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan keputusannya menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) bukan disebabkan Pengerusi PAC daripada Ahli Parlimen DAP sebaliknya kerana komitmen.

Ahmad berkata, komitmen kerja yang terlalu sibuk sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) faktor beliau menarik diri sebagai jawatan berkenaan.

“Pagi mesyuarat, petang mesyuarat sehingga ada sekali saya tidak hadir dua mesyuarat parti kerana hadir mesyuarat PAC. Nanti berlaku konflik saya selaku Setiausaha Agung UMNO dan ahli PAC. Kalau tidak hadir PAC tidak adil kerana sudah dilantik.

“Sama seperti Tan Sri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, saya pula Setiausaha Agung UMNO bererti banyak komitmen dalam parti, sebab itu kami undur diri,” katanya.

Ahli Parlimen Pontian ditemui ketika mengunjungi mangsa kebakaran di penempatan nelayan Kampung Sri Dungun di sini hari ini.

Dalam tragedi kebakaran yang berlaku Isnin lalu itu, seramai 21 mangsa dari lima keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus.

Ahmad berkata, penarikan diri sebagai Ahli Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC) telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada Isnin lalu.

“Tiada masalah untuk berundur kerana lantikan PAC merupakan cadangan nama daripada parti.

“Tetapi saya sudah maklumkan kepada Speaker penarikan diri disebabkan komitmen pada parti bukan kerana Pengerusi PAC dari DAP.

“Pengganti saya dan Tan Sri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjung Karang) nanti ialah Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor,” katanya.

Pada 3 November lalu, 12 Ahli Parlimen dilantik sebagai Ahli PAC yang baharu dan dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada DAP.

Bagaimanapun, sehari kemudian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menarik diri daripada menganggotai PAC berkuat kuasa serta-merta kerana ingin memberi tumpuan kepada tugasnya di dalam parti. Sinar

Ahmad Maslan berundur dari PAC

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker