BN Terus Desak Pemberian One-Off KWSP

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) terus menggesa kerajaan Persekutuan menerima cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak supaya bayaran sekaligus diberikan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding secara berperingkat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengeluaran wang akaun satu KWSP berjumlah RM10,000 secara sekali gus perlu dipertimbangkan semula sebelum Bajet 2021 diluluskan kerana ia benar-benar diperlukan rakyat.

Belanjawan 2021: Benarkan lebih ramai keluar caruman



Beliau berkata, bukan itu sahaja, Kementerian Kewangan perlu melakukan beberapa penyesuaian bagi memastikan bayaran bulanan RM500 seperti diumumkan sebelum ini ditukarkan kepada pengeluaran secara sekali gus.

“Jika bayarannya hanya RM500 sebulan, ini tidak memenuhi matlamat mereka untuk membayar bebanan yang ditanggung oleh pencarum itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Program Ziarah Kasih di sekitar Parlimen Bagan Datuk, di sini hari.

Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi dan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.



Ahmad Zahid berkata, pemberian wang tersebut tidak membabitkan perbelanjaan kerajaan kerana wang tersebut merupakan simpanan pencarum KWSP.

Pada 10 November lalu, Najib ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat mengemukakan cadangan supaya meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas Perdana Menteri itu juga menegaskan BN bersedia menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan berjumlah RM322.5 bilion secara bersyarat asalkan dua cadangan itu diterima.-SH

Najib ‘ajar’ bos KWSP kira-kira



Related Articles

One Comment

  1. Sewajarnya KWSP perlu ambil kira sektor pelancongan adalah industri yg terjejas teruk sebagai mana yg sedia maklum.perlu kah sektor pelancongan di harus kan surat sokongan atau ketua Pengarah x tau atau buat buat x tau.. Bygkan gaji pekerja hotel jwtn sebagai staff yg hanya bergantung pd service charge bgi mndpat kan pendapatan yg Lebih dan erharap pd kehadiran pelancong dan apakah sekarang masih ada pelancong datang mnginap. Fikir2 kan lah.. Kwsp cuma di amanah kan oleh pencarum utk mnguruskan simpanan mereka bukan nya membuat sesuka hati seperti bank yg mana wang mereka di simpan dan boleh mngeluarkan bila perlu tanpa perlu ada dokumen.. Kwsp adalah pemegang amanah dan bukannya pemilik wang pencarum.. Guna hukum akal bukannya hukum kuasa.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker