“Seluruh PahaIa Saya Sebagai Doktor Adalah Untuk Abah” – Lawa Betul Dr. Syafiqa Hayra Anak PeIawak Arwah Mr. OS

Tiada seorang pun ibu bapa yang mahukan anak-anaknya tidak berjaya di dalam hidup.

Ramai ibu bapa mahukan anak mereka berjaya di dalam hidup.

Oleh itu, ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik semata-mata mahu melihat anaknya berjaya didunia mahupun di akhirat nanti.

Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan. Setiap usaha pasti akan ada hasilnya.

Kata-kata itu sesuai digunakan buat anak sulung Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr OS.

Syafiqa Hayra yang merupakan anak kandung kepada pelawak ini kini bergelar sebagai seorang doktor.

Sudah pasti kejayaan ini tidak datang bergolek.

Ianya adalah berkat usaha dan jerih perih insan bernama ayah iaitu Mr OS sendiri.

Semasa hayatnya dia tidak pernah berputusa asa dalam mencari rezeki buat anak isterinya.

Demi memberi pendidikan yang sempurna buat anaknya, beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuklah memandu teksi.

 

Syafiqa, 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impan bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.

“Arwah abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama.

Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami.

Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik.

Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.

“Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Walaupun saya nampak dia sangat penat dan sakit,” katanya.

Allahyarham Mr OS meninggal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat Kanser paru-paru.

Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan perkahwinan kedua Allahyarham Mr OS.

Allahyarham turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.

Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.

“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia.

Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu.

“Itu janji saya kepada diri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa,” jelasnya lagi.

Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun pengajiannya di Mesir.

Berbekalkan, kata semangat Allahyarham bapanya, dia tidak pernah putus ada dan teruskan pengajian.

Menurut Syafiqa, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.

“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.

“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya.

Dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.

“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,”

Katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.

“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan.

Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan penyakit yang dialami.

“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal.

Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,”

Katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kubur ayah setiap kali balik bercuti.

“Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika arwah masih hidup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu.

Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” ujarnya.

Sesungguhnya segala usaha Allahyarham sebelum ini sudah terbalas dengan kejayaan anaknya ini menjadi seorang doktor.

Walaupun secara hakikatnya, segala jasa dan pengorbanannya kepada anak-anak dan isteri tidak terhitung nilainya.

Sekurang-kurangnya kejayaan anaknya menjadi sebagai seorang doktor ini sedikit sebanyak dapat “membayar” usaha yang dilakukan oleh Mr OS sepanjang hayatnya.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Mr OS atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.

Sumber: Instagram , LamanMaya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker