Samba Brazil hambar tanpa Neymar?
London: Neymar dijangka tidak sempat pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan getir menentang Uruguay dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2022.
Bintang Brazil yang memakai jersi nombor 10 disenaraikan negaranya walaupun pemain Paris Saint-Germain itu sebelum ini tidak beraksi tiga perlawanan susulan kecederaan pangkal paha.
Brazil berdepan Venezuela pagi esok dengan Neymar disahkan tidak dapat beraksi dan dijangka turut tersisih menentang Uruguay di tempat lawan pada Selasa depan.
Doktor pasukan, Rodrigo Lasmar menjelaskan, mereka sekali lagi bakal beraksi tanpa penyerang berbisa itu.
“Kami berharap dia dapat beraksi. Itu sebabnya kami membawanya ke Brazil. Kecederaannya semakin menunjukkan petanda positif tetapi dia dijangka tidak cukup cergas untuk aksi menentang Uruguay. Jadi kami membuat keputusan untuk merehatkannya.”
Brazil menang kedua-dua perlawanan kelayakan setakat ini dengan Neymar meledak hatrik ketika menentang Peru
You must be logged in to post a comment.