Pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang, Rawang..Gangguan Air Lagi???

Share
Pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang, Rawang

KUALA LUMPUR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor mengesan pencemaran bau di udara berhampiran kawasan perumahan Saujana, Rawang pada tengah malam tadi.

Persampelan bau air Sungai Kundang telah dibuat berhampiran kawasan tersebut dan mendapati pencemaran bau dikesan pada kadar 4 TON.

“Siasatan awal dibuat mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang telah melimpah disyaki bocor kemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran.

“LUAS dan AIR Selangor mengambil tindakan dengan meletakkan 14 beg activated carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, LUAS berkata pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

“Tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya- Awani

Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau

Leave a Reply