[VIDEO] “Apa Salah Syinta” – Safiey Ilias & Datuk Alha Alfa Nafi Mereka Usahawan Kosmetik Ditahan Seludup Methamphetamine RM5Juta!
Gara-gara penahanan seorang usahawan kosmetik yang disyaki terbabit sindiket penyeludupan dadah methamphetamine, beberapa individu turut terkesan.
Antara yang terpalit adalah usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa.Menerusi satu posting di Instagramnya,
Alha menafikan dakwaan berkenaan.“Allahuakhbar agak-agaklah, huru hara saya dibuatnya. Jangan la senang-senang nak fitnah macam ni.“Kesianlah mak ayah saya, adik beradik saya. Jangan lah nak call atau WhatsApp saya sampai macam ni sekali.
“Bukan saya, saya sedang seronok-seronok balik kerja dan ada kat rumah. Tolong jangan telefon dan sebagainya. Rimas saya,” katanya.
Selain Alha, antara yang menafikan dakwaan tersebut adalah Safiey Ilias.Safiey juga turut membuat penjelasan menerusi satu posting di Instagram.
“Bukan kereta Mustang ratu lah yang kene sita sebab jual dadah tu.
“Korang ni lah, asyik mustang kene sita je ratu kena. Hari tu ratu dituduh scammer sebab kete mustang ratu kena sita.
“Padahal bukan kete ratu, ni kes lain pulak. Apa salah syinta,” katanya.
Untuk rekod, Selasa lalu, polis telah menahan lima rakan sejenayah termasuk seorang usahawan kosmetik selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Serdang, Selangor.
Dalam serbuan pertama, polis menangkap dua beradik lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan 31 tahun yang menaiki sebuah kereta Ford Mustang di tepi jalan di lokasi terbabit.Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis berjaya merampas 120 bungkusan teh cina mengandungi bahan disyaki dadah methamphetamine dengan anggaran berat 126.85 kilogram dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM5 juta.
Semua tangkapan ditahan reman selama tujuh hari mulai 11 November hingga 17 November depan.-GEMPAK
You must be logged in to post a comment.