Pemandu e-Hailing Trauma Dicabul, Samun
Kuala Lumpur: Pemandu e-hailing wanita trauma selepas menjadi mangsa cabul dan samun penumpang warga Myanmar di Jalan Genting Klang, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 32 tahun yang sedang membawa kereta Toyota Innova mengambil suspek yang mahu ke Setapak.
“Mangsa yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa membawa suspek ke lokasi diminta namun sebaik tiba dia terus memintanya melakukan hubungan seks dan akan membayar RM500.
“Bagaimanapun mangsa menolak ajakan suspek dan dia mula meraba dan bertindak agresif mencabul wanita terbabit,” katanya.
Sumber berkata, selepas beberapa minit, suspek kemudian keluar dari kereta tanpa membayar dan terus melarikan diri.
“Mangsa yang ketakutan kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Suspek sudah dikenal pasti dan dalam usaha untuk menahannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.-HM
You must be logged in to post a comment.