Rakyat kini berdepan dengan ‘pandemik’ kewangan – Huan
Kerajaan diminta untuk lebih ‘prihatin’ terhadap rakyat yang terpaksa melalui fasa-fasa memeritkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dikuatkuasakan.
Walaupun PKPB atau PKPD dikuatkuasakan, rakyat masih perlu melaksanakan segala komitmen mereka.
Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, meskipun kerajaan memberi inisiatif namun ia tidak dapat membantu secara keseluruhan pelbagai bebanan sedang di tanggung oleh semua lapisan rakyat.
Ini kerana, rakyat amat terkesan apabila PKP, PKPB dan PKPD dilaksanakan pada masa-masa tertentu.
“Kita faham ini sahaja caranya untuk melawan penularan Covid-19. Kita tidak tahu bila ianya meningkat mendadak dan perlunya pelaksanaan PKP ini.
“Tetapi kerajaan juga perlu memahami bahawa rakyat semakin menderita dan terdesak pada masa ini. Krisis kewangan juga sudah menjadi ‘pandemik’ ketika ini. Kasihan mereka.
“Untuk pengetahuan kerajaan, walaupun penguatkuasaan PKPB dilaksanakan, rakyat masih perlu menanggung bil api, bil air, sewa rumah, pinjaman kereta, motor. Tiap-tiap bulan kena bayar.
“Lain-lain bayaran tidak perlulah kami cerita, memang susah ketika ini. Harap kerajaan dapat rasai keperitan rakyat di bawah ini. Tolonglah, tolonglah,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.
Sehubungan itu, Cheng Guan berharap kerajaan dapat terus merancang inisiatif-inisiatif lain pada masa ini atau berdepan dengan lebih banyak masalah kelak.
“Masing-masing terdesak dan begitu susah ketika ini. Pergi mana sekalipun semua mengadu tentang krisis kewangan teruk.
“Jika keluarga besar lagi perit kalau ada dalam kalangan isi keluarga yang kehilangan kerja dan tanggungjawab terpaksa di letak di bahu yang lain.
“Tidak cukup dengan itu,kos sara hidup juga meningkat, banyak juga aduan barang-barang termasuk keperluan asas sudah naik dan terus membebankan, susah semuanya,” ujarnya. MG
https://mykmu.net/2018/01/24/mejar-huan-diugut-bunuh/
You must be logged in to post a comment.