Mayat lelaki tidak berbaju terapung di lombong

Mayat seorang lelaki tanpa seurat benang ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran Kampung Orang Asli Bukit Dugang, Dengkil di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan orang awam kira-kira jam 3 petang memaklumkan penemuan berkenaan.

Tambahnya, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap di bahagian tebing lombong berkenaan.

“Anggota bomba dari Cyberjaya membantu membawa naik mayat tersebut dan pemeriksaan mendapati mayat tersebut adalah lelaki tetapi belum dapat disahkan lagi warganegaranya.

“Siasatan awal dilakukan dan mendapati kawasan berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV),” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, hasil pemeriksaan polis tidak ada pakaian milik mangsa ditemui di kawasan berdekatan.

“Sebab-sebab kematian belum dipastikan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,”tambahnya.

Sehingga kini, tiada laporan kehilangan ahli keluarga oleh penduduk Kg Orang Asli di kawasan berkenaan, kata Wan Kamarul lagi

Punca kematian masih dalam siasatan dan mayat telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. MG

Mayat bapa ditemui terapung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker