Nak dengar rintihan rakyat boleh baca Facebook saya atau PM8, kata Najib

Share

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai menyindir Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berhubung kenyataannya bahawa Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berfungsi untuk mendengar rintihan rakyat bukannya senjata propaganda kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu memaklumkan sekiranya berhasrat mendengar rintihan rakyat boleh membaca di ruangan komen di laman Facebooknya atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Nak dengar rintihan rakyat, boleh baca page Facebook saya atau PM8.

“Nak tengok makian berpanjangan, boleh baca page Facebook PM 4/7/7i (Tun Dr Mahathir Mohamad), Lim Kit Siang atau Twitter Lid (Khalid Samad),” selorohnya dalam satu catatan di Facebooknya hari ini.

Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan itu turut memaklumkan, bacaan di laman sosialnya itu adalah percuma.

Sebelum ini, Wan Saiful dilaporkan berkata, Jasa di bawah kerajaan Perikatan Nasional bukan lagi satu unit propaganda sebaliknya Jasa adalah Jabatan Hal Ehwal Khas di mana peranannya berubah mengikut situasi semasa.

Beliau difahamkan bahawa niat kerajaan setakat ini adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa mendengar dan faham rintihan rakyat dan pada masa sama rakyat juga boleh mendapat maklumat tepat dari kerajaan.

Justeru beliau menambah, Jasa bukan lagi untuk propaganda seperti dahulu kerana era itu sudah berakhir. Sinar

JASA untuk dengar rintihan rakyat, bukan macam masa BN – Wan Saiful

Leave a Reply