Mengapa Anda Perlu Makan Pisang Sebelum Mula Rutin Workout

Berapa ramai yang mengambil pisang sebagai sarapan, atau snek ringan untuk rutin bersenam?

Tahukah rata-rata pakar bersetuju pengambilan pisang bikin hidup anda lebih sihat sejahtera.

“Jika anda inginkan latihan senaman berjalan dengan lancar dan bisa menampakkan kesan positif, anda mungkin mahu jadikan pisang sebagai bahan utama untuk minuman smoothie anda di pagi hari”, jelas sebuah kajian terbitan Journal of Proteome Research.

Kajian Atlet Berbasikal

Setelah tidak makan semalaman, 20 orang atlet berbasikal terpilih hanya meminum air, manakala ada juga di antara mereka yang mengamalkan minuman air bersama buah pear atau pisang sebelum meneruskan kayuhan sejauh 75 kilometer pada kelajuan intensiti.


Kesannya, kumpulan individu atlet yang mengamalkan minuman air bersama buah mengalami 50% pemulihan pantas, selain mampu mengayuh basikal lebih laju, bertenaga serta fokus, berbanding mereka yang hanya meminum air biasa.

“Ramai di antara atlet yang gemar bersukan atau membuat rutin senaman tanpa mengambil sebarang makanan dan minuman melainkan air kosong atau minuman tenaga seperti isotonik.


“Terdapat sedikit percanggahan fahaman di antara atlet dan penggemar sukan untuk mengamalkan minuman bergula yang sebenarnya boleh diganti dengan amalan memakan atau meminum jus buah-buahan.

“Ini kerana, gula yang terkandung dalam pisang akan melepasi usus seperti rangkaian minuman sukan. Pisang adalah lebih baik kerana mengandungi zat potasium dan Vitamin C,” jelas David Nieman, DrPH, Pengarah Universiti Negeri Appalachian untuk Makmal Prestasi Manusia.

Pisang Merangsang Dopamine Dalam Otak

Jelas Nieman lagi, pisang terbukti mampu merangsang dopamine dalam otak. Kenapa dengan dopamine?


Senaman lazimnya menyebabkan peningkatan metabolisma erobik, sekaligus menyokong penghasilan molekul rosak yang dipanggil radikal bebas. Dopamine berfungsi merangsang melalui buah, ia dapat bantu menambah kapasiti antioksidan yang boleh memerangi kesan kerosakkan radikal bebas.

Jika ada di antara anda yang tidak sukakan pisang, anda boleh amalkan pemakanan pisang menggunakan alternatif resepi atau hidangan menarik lain seperti lempeng pisang, muffin pisang, minuman smootie pisang dan banyak lagi!

Pisang Mengandungi Jenis Gula Ideal

Menurut Nieman, pisang terdiri daripada campuran jenis gula ideal yang lazimnya diperlukan oleh para atlet atau pengamal sukan. Ini termasuk glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kesemua jenis gula ini adalah serupa dengan apa yang terkandung dalam kebanyakan minuman sukan.


“Umpamanya, syarikat pengeluar minuman sukan telah mengadaptasi kandungan gula dalam pisang sebagai format resepi air tenaga mereka”, jelasnya lagi.

Untuk hasil kesan memberangsangkan seperti apa yang kumpulan ujian atlet berbasikal tadi alami, sila makan atau amalkan pengambilan separuh biji pisang bersama air, 15-20 minit sebelum anda melakukan rutin senaman atau bersukan.

Untuk mengekalkan prestasi yang bisa bertahan berjam-jam lamanya, makan separuh lagi biji pisang tambahan setiap 15 minit sekali ketika anda melakukan senaman.

Selamat Beramal!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker