Mahathir sepatutnya minta pencennya dihapuskan, bukan potong 10 peratus

Mahathir hari ini berkata sanggup dipotong 10% daripada pencennya bagi disalurkan kepada mereka yang kehilangan pendapatan.

Sepatutnya sebagai seorang yang kaya beliau tidak perlu lagi menerima pencen itu.

Kita percaya wang pencennya tidak bernilai baginya.

Apa kata sedekahkan saja wangpencen itu kepada rakyat.

Kita juga setuju semua menteri dan pengerusi-pengerusi GLC dipotong gaji dan elaun untuk tabung #Covid negara.

Potong 10% pencen saya kurang beban rakyat, kata Dr M

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sanggup dipotong 10% daripada pencennya bagi disalurkan kepada mereka yang kehilangan pendapatan.

Beliau berkata, ia bagi mengurangkan beban ditanggung pihak terbabit.

“Saya akui kehidupan saya tidak sedikit pun terjejas kerana ‘lockdown’ dan SOP yang saya terpaksa amalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan semalam beliau sudah menyatakan persetujuan mengenai cadangan pemotongan gaji menteri.

“Tiap kali saya jadi perdana menteri usul saya yang pertama ialah memotong gaji saya, gaji menteri dan timbalan menteri dan pegawai tinggi kerajaan sebanyak 10%. Tidak pun ada masalah ekonomi yang besar di masa itu.

“Sekarang gaji sudah naik berkali ganda dari dahulu,” katanya.

Mahathir berkata, sementara ramai yang hilang pendapatan, mereka yang bergaji dalam kerajaan tidak mengalami apa-apa kekurangan.

“Dalam syarikat swasta pun tidak ada kekurangan gaji. Untuk mengurang jarak antara yang bernasib baik dan yang bernasib buruk, pemotongan 10% dari mereka yang terselamat untuk memberi kepada yang tidak selamat memang wajar,” katanya. FMT

Potong 10 peratus gaji mereka berpendapatan tinggi, kata Mahathir

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker