Siti Kassim Tak Puas Hati, Belajawan 2021 Dikatakan Tidak Adil, Lebih Melayu dan Islam · MYKMU.NET

Siti Kassim Tak Puas Hati, Belajawan 2021 Dikatakan Tidak Adil, Lebih Melayu dan Islam

Share

DI MANA RASIS DAN TIDAK ISLAMIKNYA BELANJAWAN 2021?

Terdesak sungguh nampaknya pihak-pihak tertentu bagi menghasut rakyat supaya membenci kerajaan sehingga sanggup menggunakan sentimen kaum dan agama bagi mencapai tujuan mereka sedangkan selama ini merekalah yang terkedepan mengecam penggunaan isu-isu kaum dan agama.

Terbaru adalah tindakan mereka menyifatkan Belanjawan 2021 sebagai rasis dan tidak Islamik semata-mata kerana ada di dalamnya peruntukan RM11.1 bilion untuk membantu institusi dan usahawan Bumiputera serta peruntukan RM1.4 bilion untuk menguruskan hal ehwal Islam.

Rasis dan tidak Islamikkah bila kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk mendaulatkan Perlembagaan, khususnya Perkara 153 Perlembagaan mengenai kedudukan istimewa Bumiputera dan Perkara 3 Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Siti Kassim buat hal lagi, pertikai JAIK tangkap pasangan berkhalwat

Jika Kerajaan PN ini rasis dan tidak Islamik, mengapa tuduhan sama tidak dilemparkan kepada Kerajaan PH yang memperuntukkan RM8 bilion untuk membantu institusi dan usahawan Bumiputera serta RM1.3 bilion untuk menguruskan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2020?

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan PN hanyalah memantapkan lagi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini dengan menambah RM3.1 bilion untuk membantu institusi dan usahawan Bumiputera serta menambah RM0.1 bilion untuk menguruskan hal ehwal Islam.

Jika pihak-pihak ini jujur, mengapa tidak dibangkitkan lambakan peruntukan lain yang memberi manfaat kepada seluruh golongan rakyat tanpa mengira apa ras dan agama mereka?

Lebih teruk lagi bila mereka berani menggunakan nama pihak Istana bagi menghasut rakyat supaya menolak Belanjawan 2021 dengan menyebut kononnya pihak Istana juga menolaknya.

Dr. Kamarul Yusoff

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Leave a Reply