Lelaki nikah diri sendiri

Kecewa selepas putus tunang menyebabkan seorang lelaki di Bahia, Brazil nekad berkahwin dengan diri sendiri.

Keputusan pelik itu dibuat Dr Diogo Rabelo bulan lalu mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat pengumuman itu.

Indiatimes.com melaporkan, Rabelo nekad untuk menjaga dirinya sendiri selepas mendirikan ‘rumah tangga’.

Dalam majlis perkahwinannya Rabelo kelihatan keluar dari satu lorong berhampiran kawasan pantai.



Berkahwin di tepi pantai adalah perkahwinan impiannya sebelum ini dan direalisasikan dengan kehadiran keluarga dan rakan.

Sepatutnya, dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Vitor Bueno selepas bertunang pada November tahun lalu.


Namun, mereka membuat keputusan untuk berpisah tahun ini dan Rabelo akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 16 Oktober lalu.

Keputusannya itu masih tetap mendapat sokongan keluarga dan rakan dengan kehadiran lebih 80 peratus jemputan.



Tindakannya ini kerana mahu membuktikan sekiranya tidak dicintai, maka seseorang itu perlu mencintai diri sendiri.

Lelaki itu juga menunjukkan disayangi seseorang bukan ukuran kebahagiaan dalam hidup.

Dalam pada itu, kisah Rabelo yang melangsungkan upacara perkahwinan dengan dirinya sendiri turut dipaparkan di media negara itu.

Gambar mengenai majlis itu menjadi bualan warganet apabila laporan berita mengenainya turut dipetik media di pelbagai negara. HM



https://mykmu.net/2017/04/05/penjelasan-penuh-yb-shahabuddin-yahaya-berhubung-isu-perkahwinan-bawah-umur/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker