Kenyataan Rais Yatim hampir sama dengan Umany, kata Bersih

Badan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa bersikap berat sebelah kerana mengambil tindakan ke atas aktivis pelajar berhubung kenyataan di Facebook mengenai Yang di-Pertuan Agong dengan berkata, bekas menteri pusat Rais Yatim membuat kenyataan serupa di Twitter bulan lepas.

Bersih 2.0 berkata, pada 26 Okt, Rais menyebut bahawa Perkara 40 dan 40(1A) perlembagaan persekutuan tidak dipatuhi apabila Agong menolak perisytiharan darurat seperti yang dipohon oleh perdana menteri.

“Jika Tan Sri Rais Yatim tidak bersalah dalam membangkitkan dan membincangkan isu berkaitan perlembagaan, maka polis harus menghentikan siasatan mereka ke atas pelajar terbabit,” kata Bersih dalam kenyataannya.

Badan itu mengkritik pihak berkuasa kerana mengambil tindakan ke atas individu yang mengemukakan pandangan berhubung isu berkaitan negara “secara sihat”.



Ia berkata, penggunaan undang-undang oleh pihak berkuasa adalah suatu bentuk ugutan dan bercanggah dengan hak asasi serta jaminan perlembagaan berhubung kebebasan bersuara.

Rais pernah menjawat beberapa portfolio Kabinet dari 1982 hingga 2009. Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada September.

Polis memulakan siasatan hasutan ke atas presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Yap Wen Qing dan naib presidennya Tan Li Yuan berkait kenyataan di Facebook bertajuk “Yang di-Pertuan Agong should not interfere in national affairs”.

Universiti Malaya berkata, ia kini menyiasat kumpulan itu.



Persoal keputusan Agong, Shabery bidas Rais Yatim

Laporan polis turut dibuat terhadap Rais kerana menghasut.

Terdahulu hari ini, Umany mendakwa polis menggunakan kekerasan berlebihan, mengugut dan menyalahgunakan kuasa selepas 6 ahli jawatankuasanya dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kajang.



Dua hari lepas, polis cuba menggeledah rumah presiden Umany Yap Wen Qing.

Percubaan itu berakhir dengan penahanan bekas presiden persatuan itu Wong Yan Ke selama semalaman selepas beliau merakam insiden itu di telefon bimbitnya. FMT

Presiden UMANY disiasat di bawah Akta Hasutan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker