Covid-19 : 972 kes baru hari ini dengan 8 kematian

Sebanyak lapan kematian dan 972 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 41,181 kes.

Seramai 1,345 pesakit Covid-19 sembuh hari ini.

Sementara itu kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 11,308 kes.

#COVID19 Terkini. 9 Nov. Jumlah pesakit sembuh hari ini 1,345 lebih tinggi berbanding kes baharu, 972.

Selain Sabah (370), kes tertinggi juga di N.Sembilan (260), Selangor (138) dan Labuan (63).

8 lagi kematian, 6 kluster baharu dan 1 kluster tamat.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
9 Nov 2020
Kes sembuh=1,345
Jumlah kes sembuh=29,579 kes
Kes baharu positif=972
(kes import=5, kes tempatan=967)
Jumlah positif=41,181 kes
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=294 kes
Kes dirawat di ICU=86 kes
Bantuan Alat Pernafasan=31 kes

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker