Bunuh Surya: Pelajar perempuan disambung reman 7 hari lagi

Marang: Reman pelajar perempuan tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, disambung selama tujuh hari lagi sehingga Isnin depan.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman pelajar berusia 19 tahun disambung bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

Sebelum ini, pelajar berkenaan direman selama tujuh hari bermula 3 November lalu.

Pelajar perempuan itu yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi 2 November lalu ketika datang ke Balai Polis Telemong.

Tangkapan terhadap pelajar itu dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Sebelum ini dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah. HM

Bapa tak percaya rakan sekolah bunuh Surya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker