Anggota tentera maut nahas dua kenderaan
Anggota tentera maut nahas dua kenderaan

SEREMBAN: Seorang bekas komando kerugian lebih RM200,000 selepas terjerumus dengan tawaran menarik daripada rakan sendiri untuk menceburi perniagaan minyak masak subsidi.
Pelaburan buluh kasap berkenaan menyebabkan bekas komando itu kehilangan wang simpanan dan wang ganjaran tamat perkhidmatan sehingga Mohd Zaidi Nordin, 42, kehilangan segala-galanya malah anaknya tidak ke sekolah selama beberapa bulan kerana tidak mampu.
Menceritakan kejadian dua tahun lalu itu, Mohd Zaidi berkata, dia bagaikan dipukau apabila dengan rela hati menyerahkan semua wang berkenaan kepada rakannya.
“Selepas tamat perkhidmatan sebagai tentera, saya memang merancang untuk berniaga. Secara kebetulan saya berjumpa dengan kawan lama di sebuah restoran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
Bapa kepada empat anak ini berkata, dia kemudian ditunjukkan sebuah kilang di Senawang, di sini, dan dibawa pula ke sebuah kawasan perumahan mewah yang kononnya milik rakannya itu.
Seolah dipukau, Mohd Zaidi membuat lebih 10 transaksi ke akaun lelaki itu dan pasangannya sehingga duit persaraannya hanya tinggal RM1.
“Saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada saya waktu itu kerana apabila fikirkan semula, saya seperti dalam keadaan ‘separuh sedar’.
“Bayangkan selepas kami balik ke Malaysia, saya boleh dengar cakap dia untuk membawa keluarga berpindah ke sebuah rumah di Sendayan termasuk memberi lebih RM60,000 wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepadanya,” katanya.
Disebabkan itu ujar Mohd Zaidi, dia kehabisan wang sehingga terpaksa menjual kereta Nissan Almera miliknya untuk perbelanjaan keluarga malah tiga anak tidak ke sekolah selama beberapa bulan kerana tiada wang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
“Saya memang tiada duit langsung waktu itu dan disebabkan itu juga saya terpaksa jual kereta. Saya hanya sedar ditipu selepas abang dan kakak ipar datang ke rumah membuat bacaan Yassin,” katanya.
Jelasnya, dia kemudiannya menghubungi rakannya itu dan meminta semua wang dikembalikan, namun lelaki berkenaan meminta untuk diberikan masa.
“Bagaimanapun, suspek menghilangkan diri, malah rumahnya juga kosong dan lebih mengejutkan kediaman rupa-rupanya hanyalah rumah sewa.
“Saya betul-betul hilang arah. Laporan polis sudah dibuat pada Julai tahun lalu dan gambar suspek juga dilampirkan, tetapi hingga sekarang saya tidak dapat apa-apa perkembangan kes ini,” katanya yang kerugian RM221,872.
Anggota tentera maut nahas dua kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Terus Amalkan Pendekatan Kolaboratif Dalam Agenda Perumahan Rakyat – Mohd Jafni
- Ahmad Zahid Tegaskan Kepentingan Memperkasa Ekosistem Perlindungan Sosial Negara
- Mohd Zaidy Tegaskan Komitmen Demi Rakyat Dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2026
Dakwaan UMNO Terengganu Cuba Timbulkan Polemik Tidak Berasas – Rozi Mamat
You must be logged in to post a comment.